Wednesday, January 3, 2018



Selamat kembali ke sekolah pada 2.01.2018 adalah hari persekolahan pertama. Hari pertama persekolahan adalah penting untuk pelajar baru mahupun pelajar lama untuk mengetahui dan mengenal antara satu sama lain. Berikut adalah aktiviti yang dilaksanakan, orientasi pelajar baru dan lama serta pendaftaran pelajar baru.






Selamat kembali semula ke sekolah SMK Hang Kasturi 2018
Semoga tahun 2018 memberi kenangan dan pengalaman yang baru dan penuh bermakna.
Insyaallah tahun 2018 penuh dengan aktiviti dan kejutan terbaru/perubahan infrastruktur.

Thursday, September 14, 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR

Tarikh : 15.09.2019

Tempat : Dewan P.khas SMK Hang Kasturi

Masa :  10.00 pagi

Semperna hari kelahiran Pn. Saripah bt jazuli GPK Pendidikan Khas. Satu majlis tahlil dan doa selamat dilakukan atas permintaan beliau.






AKTIVITI LUAR (TENPIN BOWLING)



TARIKH  : 13.09.2017

MASA     : 8.00 PAGI - 4.00 PETANG

TEMPAT :  MAHKOTA PARADE MELAKA

AKTIVITI : i ) Bermain tenpin bowling
                    ii ) Permainan video samilator
                   iii ) Tengok wayang
                    iv) Makan-makan











Perkhemahan Pendidikan Khas 2017

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS 2017

TARIKH : 5.09.2017 - 7.09.2017

TEMPAT : HUTAN REKREASI EDU-ECOTOURISM, SG. MENYALA, PORT DICKSON, N9.

BILANGAN PESERTA : 67 ORANG PELAJAR


Satu aktiviti perkhemahan telah dijalankan pada tarikh tersebut. Aktiviti ini adalah aktiviti gabungan antara 4 buah sekolah di Zon Masjid Tanah. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah, SMK Rahmad, SMK Adi Putra, SMK Sungai Udang dan SMK Hnag Kasturi.

Seramai 10 orang pelajar, 3 orang guru dan 1 ppm SMK Hnag Kasturi terlibat dalam perkhemahan tersebut. Aktiviti perkhemahan ini dijalankan bagi mendedahkan pelajar kepada keadaan persekitaran yang ada disekelilingnya.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut berlansung. aktiviti-aktiviti akan ditunjukkan seperti gambar yg tertera di bawah.








Sunday, August 20, 2017

AQUA THERAPY (terapi air)

Berenang... apakah kelebihan aktiviti renang kepada kanak - kanak khas terutamanya kanak - kanak autisma? Dan saya pernah ditanyakan dengan soalan "Apa kelebihan / guna aktiviti renang tu untuk murid pendidikan khas?" dan saya hanya mampu menjawab " penting untuk self confident murid".

Namun keperluan / kepentingan aktivti renang ini bukan setakat itu sahaja. Banyak yang perlu kita tahu terutamanya guru-guru untuk kita lebih aktif mengadakan rekreasi sambil belajar ini dan juga perlu ibubapa tahu untuk mereka faham kenapa dan mengapa mereka perlu memberi sokongan terhadap aktiviti yg dianjurkan sekolah. 


Berenang?
Kenapa  aktiviti / terapi / rekreasi renang ini perlu juga kepada kanak - kanak khas amnya dan kanak-kanak Autisma khasnya? Aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak .

ktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma  perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. 

Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil". 

Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. 

Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. 


Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya.  Bagaimanapun ia harus dilakukan dengan kaedah yang betul dan berterusan dan yang penting KERJASAMA diantara pihak PENTADBIRAN SEKOLAH, IBUBAPA, GURU DAN JUGA PIHAK TERTENTU seperti pusat akuatik, resort dan seumpamanya. 





A

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Falsafah Pendidikan Khas adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Khas